Behind every beautiful woman, there is a wonderfully intricate beauty regime.
Hotline: +6281326017009
Choose Languange
Posted: 09 Jan 2025
Setiap orang memiliki permasalahan kulit yang berbeza dan hal ini perkara yang biasa dialami oleh semua orang, terutamanya mereka yang sudah mencecah usia 13 tahun dan ke atas atau mereka yang sudah bergelar dewasa.
Tidak dapat disangkal lagi penggunaan serum dilihat dapat menjadi antara penyelesaian yang terbaik kepada mereka yang mempunyai permasalahan kulit. Di antara permasalahan kulit yang biasanya terjadi dalam kalangan individu adalah:
Permasalahan kulit kering Antara tanda-tanda kulit kering ialah kulit mengelupas dan timbul garisan pada kulit.
Permasalahan kulit berjerawat/berjeragat Tandanya ialah timbul kesan kemerahan dan bintik-bintik seperti blackheads dan whiteheads.
Kulit berminyak Hal ini di mana kulit mengalami tona kulit yang tidak sekata, kulit berjerawat dan wajah berminyak di mana mengalami dehidrasi pada kulit.
Iritasi kulit Masalah ini timbul dengan adanya kesan seperti kepedihan pada wajah dan mengalami iritasi pada kulit yang kebiasaannya banyak dialami oleh mereka yang berkulit sensitif.
Kulit normal Walaupun mereka yang berkulit normal dilihat tidak memerlukan apa-apa rawatan namun, kulit normal juga mudah terdedah dengan radikal bebas yang boleh merosakkan kulit.
Oleh itu, dengan pelbagai jenis permasalahan kulit yang berbeza dialami oleh setiap orang, rawatan daripada Serum Azarine boleh disesuaikan dengan setiap permasalahan kulit tersebut. Antara Serum yang boleh disesuaikan dengan pelbagai jenis kulit:
Radiant Lumious Serum Mengandungi Arbutin(2%) yang mampu mengurangkan kesan kulit kusam dan bintik hitam, Chromabright yang mampu mencerahkan dan membantu tona kulit sekata, Sakura yang mencerahkan dan melambatkan penuaan selain, mengandungi Fermented Honey yang merupakan anti-bakteria. Produk ini bersesuaian membantu merawat kulit kering selain, dapat merawat kulit kusam dan masalah tona kulit yang tidak sekata.
Niacinamide 5% and Moisture Sepiwhite Serum Produk berkesan membantu merawat kesan jerawat dan bintik-bintik hitam selain, mampu mengawal minyak pada kulit wajah. Hal ini kerana, ia mengandungi Nano Encapsulated Niacinaminde 5% yang sememangnya membantu mengurangkan parut jerawat dan mengawal sebum yang berlebihan.
Pore Tightening & Oil Control Moist Serum Serum ini menggunakan teknologi yang canggih yang mampu mengecilkan pori dan mengawal sebum berlebihan. Mengandungi Centella Asiatica yang mampu mengecilkan pori dan membantu keanjalan pada wajah. Selain itu, mempunyai bahan seperti Oiless City yang diserap daripada Backhousia Citridora Leaf yang sememangnya berfungsi mengawal minyak berlebihan pada kulit wajah.
-Revitalizing Anti Aging Serum Mengandungi Bakuchiol yang sesuai untuk merawat kulit yang sensitif selain berfungsi sebagai anti-penuaan dan merawat kulit yang berjerawat. Selain itu juga, serum ini mengandungi Peptide, Apple Stem Cell dan Algae yang membantu menyegarkan, mengurangkan kedutan dan meningkatkan kolagen pada wajah.
Serum ini boleh digunakan oleh mereka yang berkulit normal, di mana ia berfungsi membantu merawat kulit kusam, kulit sensitif dan kulit yang dehidrasi. Antara kandungan yang terdapat dalam serum ini ialah, Quandruple Hyaluronic Acid (5%), Ceramide III, Panthenol dan Crystal Ice Plant. Bahan-bahan ini semua membantu merawat kulit dan melindungi kulit selain, membantu pelembapan dari dalam kulit wajah.
Jadi, serum mana yang menjadi pilihan anda? Sesuaikan dengan kulit wajah dan pilih serum yang mampu merawat kulit dari Azarine. Kesemua serum ini boleh didapatkan di laman web atau pautan rasmi Azarine selain, boleh juga didapatkan di kedai-kedai kosmetik berdekatan anda.
ARTICLES