Behind every beautiful woman, there is a wonderfully intricate beauty regime.
Hotline: +6281326017009
Choose Languange
Posted: 09 Jan 2025
Kehidupan seharian kita tanpa disedari banyak terdedah dengan cahaya matahari. Sinaran cahaya matahari ini akan memantul ke lapisan kulit yang terdedah seterusnya, membuatkan warna kulit kita berubah. Hal ini kerana, lapisan kulit berfungsi bagi melindungi diri kita dan apabila terdedah terlalu lama dengan sinaran cahaya matahari, ia akan merosakkan lapisan kulit seterusnya menyebabkan berlakunya Sunburn pada kulit.
Oleh itu, keperluan pemakaian Sunscreen amat penting bagi melindungi lapisan kulit kita. Antara kepentingan pemakaian Sunscreen ini adalah:
Mengetahui mengenai kepentingan pemakaian Sunscreen perlulah disertakan dengan pemakaian produk yang berkualiti tinggi di mana dapat berfungsi dengan baik. Antara produk Sunscreen daripada Azarine yang boleh digunakan oleh pengguna adalah:
1. Hydrasoothe Sunscreen Gel Merupakan Sunscreen yang berasaskan air di mana cepat meresap ke dalam kulit, tidak melekit dan amat ringan untuk dipakai. Selain, diformulasikan dengan bahan-bahan semula jadi seperti Aloe Vera, teh hijau, Propolis dan Pomegranate yang berfungsi melindungi kulit daripada sinaran UVA dan UVB. Sunscreen ini juga sesuai untuk semua jenis kulit.
2. Tone Up Mineral Sunscreen Serum Berfungsi untuk memberikan kesan keputihan pada wajah buat sementara waktu ketika dipakai. Mengandungi Squalane, Ceramide 3 dan Argireline Peptide di mana dapat membantu memperbaiki Skin Barrier, melembapkan dan melindungi kulit daripada penuaan.
3. Hydramax-C Sunscreen Serum Mengandungi Vitamin C dengan SPF 50 PA++++ di mana berfungsi melindungi kulit daripada sinaran cahaya matahari tanpa menyebabkan kegatalan dan meninggalkan sisa keputihan. Selain, Sunscreen ini mempunyai Hyaluron 11 Multi-Complex yang menyebabkan kelembapan bertambah dan kelembutan pada kulit. Sunscreen ini juga mengandungi Ectoin yang melindungi kulit dari sinaran biru dan pencemaran selain, melembapkan penuaan kulit dan memperbaiki Skin Barrier.
4. Cicamide Barrier Sunscreen Moisturiser Sunscreen ini mempunyai tekstur yang ringan dan selesa untuk dipakai tanpa meninggalkan sisa keputihan. Selain, mengandungi 5X Ceramide, Centella Asiatica, Squalane dan Ectoin. Semua bahan-bahan tersebut mempunyai manfaat seperti anti bakteria, merawat, membantu melembapkan Skin Barrier dan melindungi daripada terdedah kepada sinaran biru dan pencemaran. Jenis kulit yang sesuai di pakai adalah kulit normal, kulit kering dan kulit yang dehidrasi.
5. Calm My Acne Sunscreen Moisturiser Diformulasikan dengan gel yang ringan, selesa dipakai dan tidak meninggalkan sisa keputihan pada kulit. Mengandungi Bakuchiol, Pionin, Canadian Willowherb dan Ectoin. Bahan-bahan tersebut berfungsi untuk merawat jerawat, anti bakteria, merawat daripada kegatalan dan kemerahan selain berfungsi juga untuk menguatkan Skin Barrier dan melindungi kulit daripada sinaran biru serta melambatkan penuaan kulit.
Penjelasan mengenai penggunaan Sunscreen ini diharapkan dapat menjadi peringatan kepada semua berkait dengan kepentingan penggunaannya pada setiap hari.
Kesemua produk Sunscreen tersebut boleh didapatkan di laman sesawang rasmi Azarine dan di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia yang berdekatan dengan anda.
ARTICLES