Behind every beautiful woman, there is a wonderfully intricate beauty regime.
Hotline: +6281326017009
Choose Languange
Posted: 13 Jan 2025
Apa itu Micellar? Pemahaman tepat mengenai maksud Micellar ialah berasal dari Bahasa Perancis yang disebut “mi-se-llar”, di mana bermaksud cecair yang digunakan untuk membersihkan kulit, terutamanya muka, yang mengandungi bahan kimia yang membentuk Micelles (kumpulan kecil molekul).
Micellar Water ini sering digunakan sebagai pembersih muka daripada make-up, namun ramai yang tidak tahu fungsi lainnya. Antara fungsi lain Micellar Water adalah:
1. Membantu menghidrasikan kulit Micellar Water dapat membantu melembapkan kulit yang seterusnya dapat mengelakkan kulit daripada kekeringan. Hal ini kerana, ia tidak mengandungi alkohol dan wangian yang akan membuatkan kulit terasa bersih dan tidak iritasi selepas memakai pembersih muka tersebut.
2. Memastikan kulit wajah sentiasa bersih Setiap kali selepas dipakai, Micellar Water ini dapat membantu membersihkan kulit muka daripada kekotoran dan pencemaran. Kesan atau sisa daripada Sunscreen dan Sunblock juga dapat dibersihkan daripada muka oleh Micellar Water. Hal ini kerana, Micelllar Water kebiasaannya tidak mengandungi minyak yang sekaligus dapat membantu membersihkan dari minyak yang telah terlarut di dalam air.
3. Membantu menyegarkan wajah Perbezaan ketara dapat dirasai selepas memakai Micellar Water. Kulit wajah terasa lebih ringan dan selesa tanpa sebarang Make-up dan kekotoran. Selain Micellar Water juga dapat membantu menambahkan kesegaran pada wajah dan membantu menenangkan kulit wajah.
Oleh itu, manfaat daripada penggunaan Micellar Water ini dapat dirasai sepenuhnya dengan menggunakan produk daripada Azarine. Terdapat dua jenis Micellar Water daripada Azarine:
1. Ceramoist Botanical Micellar Water Berkesan untuk menanggalkan Make-up yang digunakan seharian selain, bahan utamanya iaitu Ceramide, Green Tea Water dan Cetella Asiatica.
2. Xpress Micellar Oil Water Berkesan untuk menanggalkan Waterproof Make-up, mengandungi Ceramide, Babassu Oil, Lotus Water dan Hyaluronic Acid.
Cara penggunaan kedua-dua Micellar Water ini adalah sama iaitu menuangkan titisan Micellar Water secukupnya ke atas kapas, perlahan-lahan menyapu ke seluruh wajah dengan menggunakan kapas tersebut dan akhir sekali bilas dengan air.
Diharapkan penjelasan di atas adalah jelas dan kedua-dua Micellar Water tersebut dapat dibeli secara langsung di laman sesawang rasmi Azarine dan di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia yang berdekatan dengan anda.
ARTICLES